Institut Pendidikan Guru

Thursday 31 March 2011

Tanaman Hiasan 2

Tanaman Hiasan

MODUL PEMBELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH


Tajuk
Kaedah Penanaman Tanaman Hiasan

Modul ini ditulis berdasarkan bidang rekabentuk dan teknologi di bawah tajuk tanaman hiasan seperti yang terkandung dalam silibus kemahiran hidup sekolah rendah tahun 4.

Hasil pembelajaran
Pada akhir unit ini, murid-murid dapat :
·                             1.0  Memilih biji benih pokok bunga semusim
·                             2.0 Menanam tanaman hiasan
·                            3.0 Menjaga tanaman hiasan


Rangka konsep

1.0 Pengenalan

Pengenalan



Untuk Maklumat Lebih Lanjut Sila Layari Laman Web Berikut Untuk Persembahan Slaid PowerPoint +++ http://www.scribd.com/doc/52005913/Tanaman-hiasan

2.0 Pemilihan Biji Benih Pokok Tanaman Hiasan

2.0 Pemilihan biji benih pokok tanaman hiasan 

          Kebanyakan pokok bunga semusim dibiakkan melalui biji benih. Antara contoh pokok bunga semusim ialah pokok tanaman hiasan. Oleh itu, pemilihan biji benih yang baik penting untuk membiakkannya. Benih yang baik ialah benih yang cukup matang, bernas (berisi), normal bentuknya dan tiada tanda serangan penyakit.
·                            1.  biji benih pokok tanaman hiasan :

 
2.1 Medium semaian pokok tanaman hiasan
Setelah murid-murid mengenali biji benih tanaman hiasan, seterusnya murid-murid akan menyemai biji benih tersebut. Murid-murid akan menggunakan medium untuk menyemai biji benih.
Untuk pengetahuan murid-murid, medium ialah bahan yang digunakan untuk menyemai biji benih. Medium tersebut dikenali sebagai medium semaian. Medium semaian ialah campuran tanah yang digunakan untuk menyemai biji benih. Salah satu cara menyediakan medium semaian ialah campuran 2 bahagian tanah loam, 1 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir sungai.
Nisbah campuran medium semaian mestilah betul supaya biji benih dapat tumbuh dengan baik.

2.1.1 Alatan perkebunan
Alatan perkebunan diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja menyemai ,     menanam dan menjaga tanaman hiasan. Antara alatan perkebunan tersebut ialah :
 2.1.2 Langkah-langkah menyediakan medium semaian

2.2 Menyemai biji benih tanaman hiasan
            Tujuan menyemai biji benih di dalam bekas semaian adalah untuk memastikan lebih banyak biji benih bercambah.

 2.2.1 Langkah-langkah menyemai biji benih tanaman hiasan :
2.3 Sifat biji benih yang berkualiti


R

3.0 Penanaman Pokok Tanaman Hiasan

3.0 Penanaman pokok tanaman hiasan
            Biji benih pokok tanaman hiasan yang bercambah di tapak semaian perlu diubah dan ditanam di dalam bekas atau di batas. Untuk menjamin anak pokok tumbuh dengan subur dan cantik, murid-murid hendaklan memastikan baja dan air mencukupi.






3.1 Bekas tanaman pokok tanaman hiasan
           
Antara bekas yang sesuai dijadikan bekas tanaman ialah pasu seramik, pasu tanah liat, pasu plastik, bekas kayu, tempayan, tayar terpakai, sabut kelapa dan tin kosong. Semasa memilih bekas tanaman, contohnya pasu, murid-murid perlulah mengambil kira perkara-perkara berikut :
 


 

                     














3.2 Penyediaan bekas penanaman tanaman hiasan










3.3 Medium penanaman tanaman hiasan

            Untuk pengetahuan murid-murid medium penanaman membekalkan nutrien, kelembapan dan pengudaraan yang mencukupi untuk keperluan pokok. Medium penanaman terdiri daripada campuran tanah loam, bahan organik, dan pasir sungai. Nisbah campuran bagi medium penanaman ialah 3:2:1, iaitu 3 bahagian tanah loam, 2 bahagian tanah organik, dan 1 bahagian pasir sungai.












3.3.1 Langkah-langkah penyediaan medium penanaman

  

 

 
            








































3.4 Mengubah anak pokok tanaman hiasan
            Setelah anak pokok mempunyai dua helai daun sebenar, murid-murid boleh mengubahnya ke dalam pasu. Murid-murid hendaklah mengubah anak pokok dengan berhati-hati agar tidak merosakkan akar dan batangnya. Kerja ini boleh dilakukan dengan menggunakan sudip tangan.
            3.4.1 Langah-langkah mengubah anak pokok tanaman hiasan

 















 




   


3.5 Menanam anak pokok tanaman hiasan di batas
            Selain menanam di dalam pasu, murid-murid boleh juga menanam tanaman hiasan di atas batas. Batas dibina setelah selesai kerja menggembur tanah.
Tujuan membina batas :
a)                        1. Melindungi tanaman daripada dipijak
b)                        2.    Mengelakkan air daripada bertakung
c)             3.  Memudahkan kerja penjagaan tanaman

3.5.1 Langkah-langkah membina batas







 


3.6 Menanam anak pokok tanaman hiasan
Murid-murid hendaklah mengeluarkan anak pokok dari bekas semaian dengan menggunakan sudip tangan. Murid-murid harus berhati-hati semasa mengeluarkan anak pokok supaya akar, batang dan daunnya tidak rosak.

3.6.1 Langkah menanam pokok tanaman hiasan di batas  









 



4.0 Penjagaan Tanaman Hiasan


4.0 Penjagaan tanaman hiasan

            Tanaman hiasan perlu dijaga supaya hidup dengan subur. 

4.1 Menjaga tanaman hiasan di dalam bekas






4.2 Menjaga pokok tanaman hiasan di batas